Tahukah anda, pekerja asing yang datang ke Malaysia mesti lakukan check up FOMEMA agar kesihatan dan kesiapsiagaan mereka sebelum ke alam pekerjaan dalam keadaan terjamin.
Ini adalah satu langkah yang penting kerana ia bukan sahaja membantu pekerja tetapi juga syarikat kerana mereka dalam keadaan yang sihat.
Hal ini kerana ada pekerja asing yang datang ke Malaysia walaupun mereka tidak sihat atau tidak layak untuk bekerja.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda semua tentang FOMEMA serta cara pendaftaran sebagai majikan baharu.
Apa Itu Pemeriksaan FOMEMA
Seperti yang kami menyatakan sebelum ini, pemeriksaan FOMEMA diadakan bagi memastikan pekerja asing yang datang di Malaysia adalah sesuai dan sihat untuk bekerja.
FOMEMA ialah satu jenis health screening yang wajib dibuat ke atas pekerja kolar biru yang sah bekerja di Malaysia.
Ia sangat penting untuk memastikan semua industri peka tentang kesihatan rakyat Malaysia terhadap risiko penyakit yang mungkin dibawa oleh pekerja asing.
Ia boleh mencegah penyebaran penyakit berjangkit kepada masyarakat di sini seperti Tuberculosis (Tibi), kusta, HIV dan sebagainya. Seperti yang kita lihat, semakin banyak penyakit yang merebak di seluruh dunia.
FOMEMA juga boleh membantu pekerja asing untuk mengetahui tahap kesihatan mereka.
Ini sangat penting kerana jika mereka diambil kerja tanpa melakukan ia memberi risiko tinggi untuk anda kerana tidak tahu risiko yang dibawa.
Anda juga akan bertanggungjawab atas apa-apa masalah kerana tidak memastikan mereka melakukan pemeriksaan wajib FOMEMA sebelum mereka bekerja.
Proses ini tidak susah kerana mempunyai panel klinik perubatan melebihi 4000 klinik di seluruh Malaysia.
Ini termasuk pusat X-Ray dan makmal perubatan supaya pemeriksaan fizikal boleh dijalankan ke atas pekerja asing.
Tidak dinafikan juga, ada juga individu yang melakukan penipuan sijil kesihatan semata-mata untuk bekerja di Malaysia.
Oleh itu, anda tidak mempunyai alasan untuk memastikan pekerja asing baru anda melalui pemeriksaan FOMEMA kerana prosesnya tidak susah dan tidak mengambil masa yang lama.
Cara Pendaftaran FOMEMA Sebagai Majikan Baharu
Kami akan menerangkan kepada anda cara pendaftaran sebagai majikan baharu.
1. Login
- Ini adalah berbeza bagi mereka yang sudah daftar atau belum daftar di laman web FOMEMA. Bagi mereka yang sudah daftar, berikut adalah cara masuk:
Tekan Login Type > Isikan kod majikan / Email > Isi password > Tekan “Login”
- Bagi mereka yang belum daftar dengan FOMEMA, berikut adalah cara untuk anda masuk buat pertama kali:
Tekan “Sign up”>Isi emel anda > Siapkan CAPTCHA > Tekan “Sign Up
- Kemudian, sila ke emel anda dan cari emel yang bertajuk “FOMEMA sign up confirmation” dan tekan link tersebut.
- Sila upload dokumen yang diminta dalam emel tersebut supaya proses pendaftaran anda betul dan berjaya.
2. Pendaftaran
- Selepas anda berjaya masuk, anda akan dibawa kepada borang “Employer Registration”. Sila isi maklumat yang diminta di page tersebut
- Selepas siap, tekan “Submit for Approval”
3. Dapat Pengesahan
- Selepas isi borang, isikan kod majikan dan tinggalkan password kosong. Kemudian tekan “Login”
- Anda akan dibawa kepada “First Time Login”
- Isikan maklumat dan tekan “Submit”
- Anda akan dapat emel di mana akan dapat pengesahan jika proses pendaftaran anda berjaya ke tidak.
- Tekan link dalam emel untuk masuk ke laman web FOMEMA.
- Masukkan password baru anda dan tekan “Save”
- Selepas itu, anda sudah berjaya dan boleh menggunakan portal FOMEMA menggunakan kod/emel yang anda daftar.
- dosh
Dokumen Bagi FOMEMA Check Up
Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi FOMEMA check up untuk individu dan juga syarikat.
Individu
Jika anda adalah majikan individu, dokumen yang diperlukan untuk anda adalah salinan kad pengenalan untuk warganegara Malaysia manakala salinan pasport bagi bagi bukan warganegara.
Anda juga perlu memuat naik salinan visa pekerja untuk proses ini.
Syarikat
Bagi yang mendaftar sebagai syarikat, dokumen yang diperlukan lebih banyak berbanding dengan individu.
- Salinan dokumen pendaftaran syarikat
- Salinan kad pengenalan atau salinan pasport wakil syarikat
- Salinan surat pengesahan.
Pastikan anda ada semua dokumen ini supaya tiada masalah berlaku.
Lakukan pendaftaran pemeriksaan FOMEMA terlebih dahulu sebelum pas permit kerja atau visa diberikan oleh pihak Imigresen Malaysia kepada pekerja asing.
Carilah pekerjaan melalui cara yang sah dan betul di sisi undang-undang.
Kesimpulannya, FOMEMA adalah satu proses yang sangat penting bagi majikan baharu untuk memastikan tidak ada masalah kesihatan dengan pekerja asing.
Ia juga wajib kerana boleh mencegah penyebaran penyakit yang mungkin ada di negara lain dan kemudian dibawa oleh pekerja asing.
Oleh itu, lakukan tanggungjawab anda sebagai majikan yang bagus dan jujur dan pastikan semua pekerja asing baru anda melalui pemeriksaan FOMEMA.
Whatsapp kami di cawangan yang berdekatan dengan rumah anda sekarang untuk buat check up FOMEMA.