Tahukah anda, penggunaan glukometer akan digunakan bagi pesakit kencing manis bagi tujuan cek gula dalam darah bagi mengawal bacaan kencing manis normal.
Setelah mengetahui penyakit kencing manis dengan mendalam di sini, sudah tentu menjadi persoalan dalam fikiran anda adalah untuk menjadi glukometer bagi kegunaan di rumah.
Alatan untuk cek gula dalam darah ataupon glukometer merupakan sejenis alat digital yang dapat menentukan bacaan glukosa (gula) dalam darah.
Barang yang kecil, ringan dan mudah di bawa ke mana saja bertujuaan untuk memastikan bacaan kencing manis normal sepanjang waktu.
Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan lanjut cara-cara menggunakan mesin glukometer dan panduan bagi first-timer untuk memilih glukometer. Teruskan pembacaan anda!
Tips Menggunakan Glukometer
- Kumpulkan semua barang-barang yang diperlukan seperti strip ujian, kapas beralkohol dan jarum lancet. Pastikan glukometer mempunyai bateri yang berfungsi dengan baik dan diletakkan pada permukaan yang rata.
- Buka botol bahan uji dan keluarkan strip dari pembalut aluminium sekiranya dibungkus secara individu.
- Pastikan kod kalibrasi pada strip adalah sama dengan kod pada glukometer.
- Cuci tangan dan bersihkan hujung jari. Sekiranya menggunakan kapas beralkohol, biarkan hujung jari kering terlebih dahulu.
- Cucuk hujung jari menggunakan jarum lancet yang baru pada bahagian sisi hujung jari bagi mengurangkan rasa sakit.
- Hidupkan glukometer dan pastikan nombor kod ujian yang terpampang pada skrin glukometer adalah sama dengan nombor kod yang terdapat pada bungkusan strip yang digunakan.
- Letakkan setitik darah ke atas strip ujian. Masukkan strip ujian ke bahagian yang dikhaskan untuk strip pada mesin glukometer. (Anda boleh rujuk manual mesin glukometer) Glukometer akan membaca paras gula (glukosa) darah dalam beberapa saat.
- Catit keputusan bacaan gula darah dalam buku nota kecil sebagai rujukan sendiri atau untuk rujukan doktor anda. Setengah glukometer mempunyai memori yang besar bagi merekod dan menyimpan keputusan gula (glukosa) darah.
Tips dan Amaran Kepada Pengguna:
- Pengguna di nasihatkan untuk menyimpan lebih dari satu bateri, strip ujian dan perkakasan berkaitan.
- Bekas bio-hazard boleh dibeli daripada mana-mana farmasi untuk melupuskan jarum lancet dan strip ujian yang telah digunakan.
- Hangatkan terlebih dahulu hujung jari yang hendak dicucuk dengan jarum lancet bagi mengurangkan rasa sakit dan juga membolehkan pengaliran darah yang lebih lancar.
- Selepas tusukan dan darah telah diperolehi, tekan bahagian luka tusukan menggunakan kapas kering atau kertas tisu yang bersih bagi menghentikan aliran darah.
- Selang-selikan jari yang hendak dicucuk lancet bagi mengelakkan terjadinya kudis pada hujung jari.
- Jarum lancet hanya dipakai sekali sahaja.
Artikel berkaitan; Kencing Manis, Orang Muda Pun Kene Jaga-Jaga Sekarang!
Cara Mencari Glukometer Yang Sesuai
1. Harga
Harga glukometer berbeza dengan jenis model yang ada di pasaran. Pilih alat yang sesuai dengan kualiti dan setanding dengan bajet yang ada.
Turut diingatkan, anda juga perlu membeli strip. Ketahui jenis strip yang ada dan pilih yang sesuai dengan keperluan anda.
2. Pensijilan
Glukometer yang mempunya pensijilan akan ada tanda CE dan diluluskan oleh FDA atau yang diiktiraf dengan pensijilan ISO. Strip juga patut mempunyai pensijilan sebegini.
3. Paparan
Unit yang digunakan untuk mengukur kandungan glukosa dalam badan berbeza mengikut negara. Di Malaysia, United Kingdom, China dan Australia menggunakan unit mmol/L.
Manakala U.S, France, Japan dan India menggunakan unit mg/dl.
4. Penyimpanan Data Dalam Alat Digital
Ada sesetengah alatan menjadi makin maju di mana ia mampu menyimpan data secara automatik setiap kali cek gula dalam darah.
5. Ciri Istimewa
Ciri istimewa yang dimaksudkan ialah skrin yang lebih besar, skrin yang bercahaya,strip yang mudah dikendalikan, meter beraudio dan macam-macam lagi.
Bagi yang mementingkan saiz glukometer, anda boleh pilih saiz yang kecil dan mudah dibaca. Ada juga memaparkan meter berwarna dan memberikan bacaan yang cepat untuk pengguna kanak.
Memahami Ujian Gula Dalam Darah
Julat kadar gula yang ideal mungkin berbeza dari individu ke individu yang lain dan akan berubah sepanjang hari.
Julat di bawah ialah cadangan kadar gula dalam darah anda seharusnya ada sepanjang hari.
Diabetes bagi orang bukan mengandung:
- 70 mg/dL (3.9 mmol/L) ke 130 mg/dL (7.2 mmol/L) sebelum makan.
- Kurang dari 180 mg/dL (10 mmol/L) 1 ke 2 jam selepas makan.
Diabetes bagi perempuan yang terkait dengan mengandung (diabetes gestasional):
- 95 mg/dL (5.3 mmol/L) atau kurang, sebelum sarapan.
- 140 mg/dL (7.8 mmol/L) atau kurang, 1 jam selepas makan atau 120 mg/dL (6.7 mmol/L) atau kurang 2 jam selepas makan.
Walaupon mengambil sedikit masa untuk memahami secara total tentang cara penggunaan glukometer, sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu pesakit yang berkeperluan untuk memahaminya.
Di Poliklinik Medi Ihsan ada menyediakan service medical check-up dan blood test package bagi anda yang ingin mengetahui keadaan kesihatan terkini tubuh badan.
Usah segan kerana lebih baik bertindak sekarang dari menyesal kemudian di hari. Anda boleh hadir ke mana-mana cawangan Poliklinik Medi Ihsan yang terdekat.