Jika anda mengalami sakit mata akibat benda asing masuk ke dalam mata, anda perlu lakukan eye irrigation untuk mengeluarkan benda asing tersebut.
Namun begitu, pastikan anda mendapatkan rawatan ini di klinik dan jangan melakukannya sendiri di rumah kerana ia sangat bahaya dan boleh mengakibatkan komplikasi mata yang lain jika dibuat sendiri.
Namun, apakah itu eye irrigation? Di dalam artikel ini, kami akan terangkan dengan lebih mendalam apa itu eye irrigation ini serta kenapa ia tidak selamat untuk dilakukan dengan sendiri di rumah.
Teruskan untuk membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!
Apa Itu Eye Irrigation?
Eye irrigation merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengeluarkan benda asing dari permukaan halus mata dengan menggunakan larutan steril yang disiram pada mata anda.
Biasanya, apa-apa benda asing, sama ada secebis habuk, kotoran, atau kulit kayu, daripada objek asing yang paling kecil hingga yang terbesar, pasti akan rasa sangat sakit apabila masuk dalam mata.
Dengan eye irrigation ini, ia boleh membersihkan permukaan mata anda daripada objek asing tersebut serta dapat menyembuh mata anda dari rasa sakit.
Walaupun air steril yang disucikan boleh digunakan untuk eye irrigation ini, ramai pakar perubatan lebih suka menggunakan larutan garam steril kerana sifat antibakterianya.
Selain dari itu, eye irrigation ini juga berfungsi untuk:
- Merawat proses keradangan konjunktiva.
- Meletakkan ubat pada mata untuk kesan antiseptik.
- Membuang apa-apa objek asing atau bahan kimia atau cecair yang termasuk dalam mata.
- Menyediakan mata untuk pembedahan mata bagi mereka yang perlukan pembedahan.
Bagaimana Eye Irrigation Dilakukan?
Jadi bagaimanakah eye irrigation ini dilakukan oleh doktor dan apa instrumen yang digunakan?
Apabila anda tiba di pejabat doktor untuk dapatkan rawatan bagi masalah ini, perkara pertama yang anda akan perhatikan adalah set instrumen yang disterilkan untuk digunakan dalam proses rawatan ini.
Kebiasaannya, instrumen-instrumen ini tidak akan menyentuh pun mata anda ketika eye irrigation ini dilakukan.
Selalunya, instrumen ini termasuk larutan garam steril, tiub, IV dan picagari.
Sebelum memulakan rawatan, doktor anda akan meletakkan tuala bersih di bawah kepala anda untuk menyerap sebarang cecair yang menitis ke bawah serta meletakkan tuala di atas dada anda.
Terdapat dua posisi yang boleh dilakukan:
- Yang pertama memerlukan anda untuk baring rata atas belakang anda.
- Posisi yang kedua pula memerlukan anda untuk bersandar sedikit ke belakang (dalam posisi ini, kerusi akan dibaringkan sedikit) dan condongkan kepada anda supaya cecair yang disiram dalam mata anda boleh mengalir ke sisi.
Kedua-dua posisi ini berkesan untuk rawatan eye irrigation ini. Jika satu posisi ini tidak berkesan, doktor mungkin akan meminta anda untuk mencuba posisi yang lain.
Rawatan ini tidak mengambil masa yang lama pun. Semasa doktor menyiram larutan steril ke atas mata anda, anda mungkin akan berasa lega serta-merta.
Selepas mencuci mata anda, doktor akan keringkan bahagian sekeliling mata anda dengan berhati-hati agar tidak menekan mata itu sendiri.
Anda mungkin akan diberi penutup mata, ubat sapu untuk mata serta ubat tahan sakit, bergantung kepada keadaan mata anda sama ada terdapat sebarang koyak atau calar pada permukaan mata anda.
Semestinya, cara terbaik untuk memastikan penyembuhan mata anda selepas rawatan eye irrigation ini adalah dengan mendapatkan rehat secukupnya.
Pastikan mata anda ditutup dengan penutup mata dan tidur dalam bilik yang gelap dapat meningkatkan lagi proses penyembuhan serta menghapuskan risiko untuk sebarang objek masuk ke dalam mata anda lagi.
Anda juga perlu pastikan anda elakkan dari memakai apa-apa jenis solekan pada kawasan mata anda semasa mata anda sedang sembuh bagi mengelakkan sebarang iritasi untuk berlaku.
Baca Juga;
Medical Check-Up: Jenis dan Kepentingan Untuk kesihatan Anda
Boleh Ke Buat Eye Irrigation Sendiri Di Rumah?
Jawapannya tidak. Anda tidak boleh melakukan eye irrigation ini dengan sendiri di rumah. Melakukannya sendiri mungkin akan menyebabkan komplikasi mata yang lain untuk berlaku.
Rawatan ini adalah proses yang sangat teliti yang memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang mata serta peralatan yang steril.
Jika anda merasakan anda mempunyai benda asing di permukaan mata anda, jangan gosok atau cuba keluarkan sendiri.
Pergi segera ke klinik kesihatan yang berpengalaman dalam rawatan eye irrigation ini untuk membantu anda selesaikan masalah anda.
Lebih cepat anda mengeluarkan benda asing tersebut dari permukaan mata anda, lebih cepat mata anda boleh mula sembuh.
Ini kerana pendedahan yang berpanjangan kepada benda asing dalam mata anda boleh menyebabkan anda kehilangan penglihatan anda.
Dalam kes yang teruk, anda juga boleh kehilangan mata anda.
Kesimpulannya, ia sangat penting untuk segera dapatkan rawatan doktor untuk sebarang kecederaan di mata anda.
Pastikan anda segera ke klinik jika anda perasan terdapat benda asing dalam mata anda dan mata anda terasa sakit. Ini supaya anda dapat elakkan kecederaan daripada menjadi lebih serius.
Jika anda mengalami masalah ini, Poliklinik Medi Ihsan ada menyediakan rawatan eye irrigation untuk anda!
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, layari laman web kami di sini.