Semua tahu bahawa kesihatan adalah aset berharga yang perlu dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.
Salah satu cara terbaik untuk melakukannya adalah melalui health screening atau melalui pemeriksaan rutin.
Pemeriksaan kesihatan memainkan peranan penting dalam mengesan masalah kesihatan secara langsung.
Dengan itu, anda dapat meningkatkan peluang anda untuk pulih dan mempunyai hidup yang berkualiti.
Artikel ini membincangkan tentang health screening, individu yang perlu menjalani pemeriksaan ini dan health screening package di Poliklinik Medi Ihsan.
Penting Ke Health Screening?
Health screening adalah langkah penting dalam menjaga kesejahteraan diri.
Ia bukan sahaja sebagai langkah pencegahan, namun pelaksanaan health screening yang kerap boleh membantu diagnosis awal.
Dengan adanya pengesanan awal, ia boleh mengurangkan komplikasi, meningkatkan hasil jangka panjang dan menyelamatkan nyawa.
Berikut adalah antara perkara penting yang harus anda tahu mengenai health screening.
Pengesanan Awal Masalah Kesihatan
Salah satu faedah utama health screening adalah keupayaannya untuk mengesan masalah kesihatan lebih awal.
Tahukah anda, banyak penyakit yang serius seperti kanser dan penyakit jantung, selalunya tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal.
Jadi, dengan melakukan health screening ini, anda berpeluang untuk mengetahui masalah kesihatan.
Lebih-lebih lagi masalah kesihatan yang berpotensi sebelum ia menjadi lebih serius.
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati
Fakta menyatakan, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Ia adalah konsep yang perlu anda ingat dan praktikkan.
Apabila anda melakukan health screening, ia membolehkan anda mengenal pasti faktor risiko.
Seterusnya, anda akan mengambil langkah pencegahan sebelum masalah kesihatan menjadi teruk.
Ini termasuk perubahan gaya hidup, diet yang sihat, atau ubat yang tepat pada masanya.
Memantau Kesihatan Anda
Health screening amat membantu dalam memantau kesihatan anda daripada semasa ke semasa.
Ini membolehkan anda dan doktor melihat perkembangan kesihatan anda.
Jika terdapat sebarang perubahan yang perlu ditangani, tindakan cepat boleh di ambil.
Individu Yang Penting Jalani Health Screening
Kekerapan melakukan health screening yang dicadangkan bergantung pada umur individu, faktor risiko dan status kesihatan semasa.
Namun, sesiapa sahaja perlu mempertimbangkan untuk menjalani ujian kesihatan berkala ini demi kesejahteraan kesihatan.
Berikut adalah individu yang penting untuk menjalani health screening dan harus dititikberatkan.
Usia Lanjut
Individu yang telah berusia dan memasuki umur lanjut adalah sangat penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Amat disarankan, individu berumur 50 tahun ke atas melakukan health screening pada setiap tahun.
Ini kerana, penyakit yang lebih biasa pada usia tua, seperti penyakit jantung, osteoporosis, atau masalah kesihatan mental, boleh dikesan dan ditangani lebih awal.
Walaubagaimanapun, individu yang berumur bawah 50 tahun yang sihat, patut menjalani health screening sekali setiap 2 tahun.
Kerja atau Persekitaran Berisiko
Sesetengah pekerjaan atau persekitaran kerja boleh meningkatkan risiko penyakit tertentu.
Contohnya, orang yang bekerja di sektor perindustrian tertentu, terdedah kepada bahan kimia berbahaya, atau mengalami kecederaan fizikal.
Oleh itu, individu yang mempunyai pekerjaan seperti itu harus lebih berhati-hati dan menjalani health screening mengikut risiko pekerjaan mereka.
Sejarah Keluarga
Jika anda mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit tertentu seperti kanser atau diabetes, anda mungkin berisiko lebih tinggi untuk menghidapinya.
Pemeriksaan kesihatan boleh membantu mengesan masalah kesihatan lebih awal jika anda mempunyai sejarah keluarga yang berkaitan.
Sekiranya anda menghidap penyakit kronik seperti disebut, sangat disyorkan untuk anda menjalani health screening lebih kerap.
Health Screening Package di Poliklinik Medi Ihsan
Poliklinik Medi Ihsan menawarkan pelbagai health screening package yang dirangka khas untuk memenuhi keperluan anda.
Ini kerana, kami sangat memahami kepentingan pemeriksaan berkala yang perlu diambil oleh setiap individu.
Di sini, kami perkenalkan pakej-pakej utama yang ditawarkan di Poliklinik Medi Ihsan.
● PEKA B40
PEKA B40 adalah Health Screening Packages yang turut ditawarkan oleh kami kepada golongan berpendapatan rendah di Malaysia.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan kepada mereka yang memerlukan demi memastikan penjagaan kesihatan yang berkualiti.
Pemeriksaan kesihatan yang termasuk dalam pakej adalah seperti berikut.
- Saringan kencing manis dan kolesterol
- Mengambil sampel urin
- Pemeriksaan tekanan darah dan full blood count (FBC)
- Pap Smear untuk wanita
Seterusnya, berikut adalah health screening package yang ditawarkan oleh Poliklinik Medi Ihsan khusus untuk pekerja iaitu FOMEMA dan PERKESO.
● FOMEMA
Fomema atau Foreign Workers Medical Examination Malaysia, adalah program pemeriksaan kesihatan yang diperlukan untuk pekerja asing yang bekerja di Malaysia.
Pakej saringan kesihatan untuk FOMEMA di Poliklinik Medi Ihsan merangkumi pemeriksaan kesihatan komprehensif termasuk ujian darah, pemeriksaan x-ray dan fizikal.
Artikel Berkaitan: Cara Pendaftaran Check-Up FOMEMA Untuk Majikan Baru
● PERKESO
PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial, bertanggungjawab untuk melindungi pekerja di Malaysia daripada kecederaan dan penyakit berkaitan pekerjaan.
Health screening package untuk PERKESO di Poliklinik Medi Ihsan merangkumi pelbagai pemeriksaan kesihatan, antaranya;
- Pemeriksaan kesihatan dan tekanan darah
- Saringan kencing manis, kolesterol, dan full blood count (FBC)
- Ujian air kencing
- Pap Smear (wanita)
Namun, saringan kesihatan percuma adalah khusus bagi individu yang berumur 40 tahun ke atas dan berumur 30-39 tahun yang mempunyai risiko kesihatan.
Kesimpulannya, Poliklinik Medi Ihsan komited untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang cekap untuk memenuhi keperluan anda.
Jadi, jangan bertangguh lagi! Ambil langkah pertama untuk menjaga kesihatan anda dengan menjalani pemeriksaan kesihatan dengan kami.
Anda perlu faham bahawa kesihatan adalah aset paling berharga.
Menjaganya adalah satu pelaburan demi masa depan anda yang lebih sihat dan bahagia.
Jangan lupa jadikan saringan kesihatan ini sebagai amalan biasa dalam hidup anda.
Anda boleh layari laman web kami di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang health screening packages.