Setiap ibu bapa pastinya pernah mendengar penyakit jaundis yang biasanya dihadapi oleh bayi. 

Walaupun penyakit ini dikira biasa namun terdapat kes-kes yang penyakit ini boleh membahayakan kesihatan bayi dan harus ditangani dengan segera. 

Apabila bacaan jaundis atau kuning si kecil mencapai tahap tertentu, ia berisiko mendatangkan bahaya kepada kesihatan anak anda. 

Jom fahami dengan lebih lanjut tentang jaundis dan cara merawatnya. 

Apa Itu Jaundis? 

kesan jaundis

Sekitar 50% bayi yang dilahirkan akan mengalami jaundice pada minggu pertama kehidupannya. 

Menurut Portal Rasmi KKM, jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. 

Sel darah merah bayi mengandungi fetal hemoglobin (HbF). 

HbF dihasilkan dan diperlukan bayi ketika dalam kandungan ibu tetapi selepas dilahirkan, HbF tidak lagi diperlukan dan diganti dengan hemoglobin A (HbA). 

HbA juga dikenali sebagai hemoglobin dewasa yang berfungsi membawa dan melepaskan oksigen lebih baik berbanding HbF.

HbF mengalami pemecahan semulajadi (hemolisis) dan pemecahan ini mengeluarkan bilirubin iaitu sejenis pigmen berwarna kuning. 

Proses pemecahan bilirubin berlaku dalam hati dan disimpan sebagai garam hempedu di dalam pundi hempedu lalu dibuang melalui najis. 

Jenis-jenis Jaundis

jenis jaundis

Berikut merupakan jenis-jenis jaundis yang bayi alami dan perlu diketahui oleh para ibu dan bapa. 

  • Fisiologi Jaundis 

Fisiologi jaundis merupakan jenis jaundis yang sering dialami oleh bayi kerana fungsi hati bayi masih belum sempurna. Jenis jaundis ini tidak berbahaya. 

Lazimnya, kondisi ini akan bermula selepas 48 jam dilahirkan dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. 

Kondisi ini boleh juga berlanjutan hingga minggu kedua. 

Simptom yang boleh dilihat adalah kulit kekuningan di wajah, leher, dada dan tangan bayi. 

Jaundis jenis ini berlaku disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang masih belum matang. 

Ini menyebabkan kulit bayi kelihatan kuning tetapi jangan risau, keadaan ini agak normal pada bayi baru lahir. 

Dengan pengambilan susu ibu yang mencukupi, penyakit ini boleh hilang dengan sendirinya apabila fungsi hati bayi bertambah baik. 

Walaupun begitu, para ibu perlu memantau dan mengambil tahu keadaan ini kerana jika dibiarkan tanpa ada usaha tertentu, keadaan ini boleh membahayakan bayi malah boleh menyebabkan kematian. 

  •  Jaundis Patologi

Jaundis jenis ini disebabkan oleh ketidakserasian kumpulan darah (Rhesus) antara ibu dan bayi. 

Dalam keadaan ini, bilangan sel darah merah yang mati melebihi purata dan ini menyebabkan lebih banyak bilirubin yang terbentuk. 

Kadangkala, jenis darah ibu yang bereza boleh membentuk antibodi yang sebenarnya memusnahkan sel darah merah si manja yang baru lahir. 

Maka jumlah bilirubin meningkat dengan lebuh banyak lagi.

Kes ini boleh membahayakan bayi tetapi ianya boleh dicegah dengan menyuntik si ibu dengan imunoglobulin Rh. 

Selain itu, keadaan ini boleh berlaku kerana terdapat defisiensi G6PD pada bayi iaitu enzim yang menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. 

Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. 

Kini, semua bayi akan diperiksa status G6PDnya sejurus selepas lahir untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk. 

Jaundis ini juga boleh berlaku disebabkan jangkitan kuman pada bayi. 

  •  Jaundis Menyusu

Jaundis jenis ini pula berlaku kerana bayi kekurangan susu sehinggakan cecair dalam badan tidak dapat melarutkan bilirubin sebelum ia dikeluarkan melalui najis. 

Malangnya, kebanyakan ibu bapa bertindak balas dengan menghentikan pengambilan susu ibu dan menggantikan dengan susu formula dengan alasan susu tidak keluar atau tidak lancar.

Padahal bayi baru lahir sangat memerlukan kolostrum yang terkandung dalam susu ibu. 

Cecair pekat yang berwarna kuning yang muncul pada awal-awal minggu penyusuan mengandungi banyak julap yang boleh melarutkan bilirubin. 

Kemungkinan bilirubin diserap kembali ke dalam tubuh bayi selepas minum susu ibu sangat jarang terjadi.

Oleh itu, adalah lebih baik jika bayi banyak minum susu ibu untuk melegakan penyakit kuning yang dihadapinya. 

  • Hiperbilirubinemia Terkonjugasi

Ketiga-tiga jenis jaundis diatas masih lagi dikira normal bagi bayi yang baru lahir tetapi jaundis hiperbilirubinemia terkonjugasi mempunyai risiko yang lebih serius. 

Keadaan ini disebabkan oleh kerosakan pada hati dimana bilirubin larut air tidak dapat dikumuhkan melalui najis sebaliknya melalui air kencing atau memasuki darah bayi semula. 

Selain kulit bayi yang kelihatan lebih kuning daripada biasa, simptom penyakit ini boleh dilihat daripada warna air kencing yang berwarna keperangan, tidak jernih seperti bayi normal umumnya. 

Jaundis ini perlukan rawatan serius daripada pasukan doktor. 

Artikel berkait:

Segera Buat Medical Check Up Jika Ada Tanda-tanda Ini!

Kenapa Bayi Alami Jaundis? 

bayi pramatang-jaundis

Seperti yang dinyatakan di atas, semua bayi baru dilahirkan boleh mengalami jaundis tetapi terdapat beberapa keadaan yang lebih berisiko tinggi iaitu: 

  • Bayi pramatang – dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan.
  • Bayi yang tidak dapat susu ibu atau susu formula yang mencukupi. 
  • Bayi yang jenis darahnya tidak sesuai dengan jenis darah ibunya. 

Selain itu, demam kuning juga boleh disebabkan: 

  • Mengalami lebam semasa kelahiran atau pendarahan dalaman lain 
  • Masalah hati
  • Jangkitan
  • Kekurangan enzim G6PD
  • Kelainan pada sel darah merah bayi

Cara Rawatan Jaundis

cara rawat jaundis

Sekiranya bacaan bilirubin si manja anda melangkaui kadar 25mg/dL, anda tidak boleh memandang demam kuning bayi anda remeh. 

Bacaan bilirubin yang tinggi boleh mengakibatkan bayi berisiko untuk mendapat gangguan pendengaran, mengalami cerebral palsy dan terjadi kerosakan di bahagian otak. 

Antara rawatan yang harus dimulakan dengan kadar segera bagi kes jaundis yang lebih serius adalah seperti: 

  • Penambahan Cecair  

Kehilangan cecair atau kurang menyusu sehingga berlaku penyahhidratan akan menyebabkan kadar bilirubin terus meningkat.

  • Fototerapi

Fototerapi merupakan rawatan yang sering kita lihat bayi-bayi baru lahir lalui. 

Bayi akan ditempatkan di bawah cahaya lampu dengan mendedahkan hampir keseluruhan kulit badan.

Cahaya lampu ini akan mengubah bilirubin menjadi bentuk yang mudah disingkirkan. 

Selimut terapi (biliblanket) juga boleh digunakan melalui terapi ini. 

  • Pemindahan Darah

Prosedur kecemasan ini hanya akan dilakukan sekiranya bacaan bilirubin berapa pada tahap yang sangat tinggi walaupun fototerapi telah dijalankan. 

Bagi menurunkan bacaan bilirubin dengan lebih pantas, darah bayi akan digantikan dengan darah penderma yang bersesuaian. 

  • Imunoglobulin Intravena (IVIg)

Bayi yang mengalami masalah ketidakserasian jenis darah akan diberikan rawatan melalui vena. 

Rawatan IVIg akan menyekat  antibodi yang menyerang sel darah merah si bayi dan mengurangkan keperluan untuk menjalani pemindahan darah.

  • Rawatan Alternatif

Sekiranya anak dipantau sendiri di rumah, anda boleh amalkan beberapa tips berikut: 

  • Jangan meninggalkan anak di bawah cahaya matahari terlalu lama kerana ia boleh menyebabkankulit anak terbakar dan suhu badan akan cepat naik.
  • Teruskan menyusu dengan lebih kerap kerana lebihan bilirubin hanya dapat dikeluarkan melalui najis bayi. 
  • Ibu yang menyusukan perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Makan banyak sayuran hijau dan buah-buahan supaya khasiatnya dapat disalurkan pada si manja. 
  • Dapatkan nasihat pakar perubatan jika anda menghadapi apa-apa masalah berkaitan penyusuan atau sekiranya bayi mengalami sembelit. 

Kesimpulan

Demam kuning bayi sememangnya normal untuk bayi tetapi tidak bermakna anda boleh memandangnya enteng. 

Sekiranya ia dibiarkan tanpa dirawat, jaundis bayi boleh menyebabkan komplikasi risiko yang lebih parah. 

Jika anda menyedari bahawa bayi anda mempunyai simptom jaundis, dapatkan rawatan doktor dengan segera sebelum ia melarat.

Anda boleh Whatsapp mana-mana cawangan kami yang berdekatan dengan rumah anda untuk maklumat lanjut. 

Check jaundis bayi anda segera dengan klik link di bawah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *