Adakah anda sedar bahawa kanser serviks telah menyerang 48,639 pesakit kanser pada tahun 2020 dan dijangka akan meningkat 3 kali ganda menjelang 2040?
Ia merupakan satu angka yang harus ditakuti kerana potensinya untuk menyerang wanita-wanita di luar sana selepas kanser ovari dan kanser payudara.
Punca Kanser Serviks Yang Wajib Anda Tahu
- Jangkitan Papilomavirus Manusia (HPV)
- Virus kurang daya tahan manusia (HIV)
- Wanita berumur 30 tahun ke atas
- Jangkitan hubungan jenis
- Pasangan seks yang ramai
- Merokok
- Penggunaan kontraseptif oral jangka panjang
- Sejarah kanser serviks dalam keluarga
- Pernah didiagnosis dengan kanser pada bahagian badan yang lain
Simptom Kanser Serviks
1. Pendarahan
Wajib diketahui bahawa sebarang pendarahan pada vagina adalah tidak normal yang membawa tanda anda menghidap kanser serviks.
Seperti contoh:
- Pendarahan setelah melakukan hubungan seksual.
- Selepas menopause.
- Pendarahan selepas melakukan ujian pelvis.
- Pendarahan berlaku di antara haid.
- Pendarahan yang luar biasa ketika haid.
2. Sakit Pada Bahagian Pelvis
Sakit pada bahagian pelvis digambarkan sebagai sakit yang menusuk dan berpanjangan. Ia melibatkan kawasan perut dan juga belakang badan.
3. Masalah Keputihan
Setiap wanita wajib check keadaan keputihan yang mereka alami. Keputihan yang tidak normal
4. Sakit Belakang
Walaupon sakit belakang adalah normal bagi setiap individu, namun buat pesakit kanser mereka akan mengalami sakit belakang yang terasa hingga ke kaki.
Simptom ini yang turut hadir dengan simptom-simptom yang lain bagi mengesahkan keadaan anda.
5. Kaki Bengkak
Bagi individu yang mengalami kanser serviks, kaki mereka akan bengkak disebabkan kanser telah merebak ke bahagian nodus linfa. Keadaan ini dipanggil sebagai lymphoedema.
Antara keadaan lain, kaki akam menjadi bengkak selepas menjalani rawatan kemoterapi.
6. Sakit Ketika Membuang Air Kecil dan Besar
Antara simptom-simptom lain adalah berasa sakit ketika membuang air besar dan kecil.
Baca Juga: Waktu Sesuai Untuk Ibu Scan Baby
Ujian-ujian Dilakukan Untuk Ketahui Kanser Serviks
1. Ujian Pap Smear
Ujian ini dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim (serviks) sebelum barah terbentuk.
Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Perbuatan sebegini mungkin akan menyebabkan individu berasa tidak selesa.
Maka, wanita yang telah berumah tangga disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua atau tiga tahun sekali.
2. Colposcopy
Colposcopy ialah alat khas yang membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop.
Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim.
Doktor akan menyuruhkan anda melakukan dalam beberapa perkara seperti:
- Tidak melakukan persetubuhan dua hari sebelum prosedur.
- Tidak gunakan tampon dua hari sebelum prosedur.
- Tidak gunakan sebarang ubat faraj untuk dua hari sebelum prosedur.
3. Biopsi
Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.
Awas, bagi yang sedang hamil, anda tidak boleh lakukan biopsi ya!
4. Cystoscopy dan Proctosigmoidoscopy
Sebelum proses ini dilakukan, pesakit akan diberi ubat pelali atau bius bagi mengesan sama ada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.
5. Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X.
Melalui imbasan ini, ia akan memaparkan gambaran yang lebih jelas.
6. Magnetic Resonance Imaging (MRI)
MRC sama seperti imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap.
Rawatan untuk kanser pangkal rahim
● Rawatan Untuk Dysplasia
Bagi wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut memerlukan rawatan pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim.
Individu hanya perlu lakukan ujian pap smear secara berkala. Bagi kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.
● Rawatan Untuk Kanser Serviks
Saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita mempengaruhi rawatan penghidap kanser serviks.
1. Pembedahan
Antara pembedahan yang dilakukan untuk membuang barah tisu ( yang tidak merebak melepasi pangkal rahim) prosedur ini kerap digunakan:
- Conization boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
- LEEP pula menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Dengan menggunakan cangkuk dawai, tisu microinvasive barah pangkal rahim akan dapat dibuang.
- Hysterectomy pula ialah rawatan kanser serviks tahap awal yang melakukan pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim.
Pembedahan ini akan mengeluarkan uterus (rahim), serviks , vigina atas dan tisu-tisu yang mengelilingi serviks dan bahagian atas vigina.
2. Radioterapi
Rawatan ini memusnahkan sel barah dan akan disarankan kepada pesakit tidak sesuai untuk pembedahan.
Ataupon untuk pesakit yang ketumbuhannya yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah.
Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Contohnya, letih dan lesu, hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit.
Terapi radiasi yang sering digunakan untuk merawat kanser serviks ialah External Beam Radiation dan Brachytheraphy.
3. Kemoterapi
Kemoterapi bertujuan untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah dan tersebar.
Ubat kemoterapi boleh membunuh sel kanser, namun pada masa yang sama ia turut membunuh sel kanser yang normal. Kesan sampingan yang berlaku akibat kanser bergantung kepada dos yang diterima dan jangka masa rawatan.
4. Rawatan Paliatif
Rawatan ini bertujuan untuk mengurangkan sakit dan gejala penyakit.
Penjagaan ini penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan dan mendapat kualiti hidup yang diinginkan.
Kesimpulannya, ilmu pengetahuan mengenai kanser serviks yang dialami oleh wanita wajib diuar-uarkan agar dapat di didik, diketahui dan dicegah lebih awal jika terdapat sebarang tanda.
Bagi mendapatkan sebarang konsultasi, Poliklinik Medi Ihsan ada sediakan saringan kanser serviks bagi wanita yang ingin mendapatkannya.
Datang dengan segera ke cawangan Poliklinik Medi Ehsan yang terdekat dengan anda.