Terdapat beberapa perkara yang anda boleh melakukan untuk memastikan anda berada dalam keadaan sihat seperti melakukan medical check-up dari semasa ke semasa.
Ini kerana, kita tidak tahu masalah kesihatan yang mungkin ada di tubuh kita selagi tidak melalui pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh doktor.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda kepentingan medical check-up dan jenis-jenis check-up yang boleh pilih.
Tujuan Medical Check-Up
Medical check-up adalah satu langkah yang sangat bagus kerana ia boleh mencegah dari peringkat awal sekiranya anda terkena apa-apa penyakit.
Ini kerana, ada penyakit yang memberi faktor kepada individu seperti keturunan, cara anda hidup dan umur.
Jika anda melakukan medical check-up dari masa ke semasa, anda dapat tahu jika anda berisiko untuk mendapat mana-mana penyakit berbahaya.
Medical check-up juga boleh membantu anda untuk menukar gaya hidup kepada gaya yang lebih sihat kerana anda boleh melakukan konsultasi bersama doktor.
Mereka akan memberi anda nasihat dan membimbing anda supaya risiko anda terkena mana-mana penyakit adalah rendah.
Kepentingan Medical Check-up
Seperti yang kami menyatakan sebelum ini, medical check-up sangat penting bagi mengetahui penyakit yang mungkin ada pada tubuh dan mengetahui status kesihatan anda.
Selain itu, ia juga membantu doktor untuk mengenalpasti keadaan kesihatan anda pada tahap yang bagus atau berisiko.
Jika anda didapati berada dalam keadaan yang tidak sihat, doktor boleh menasihati anda supaya melakukan alternatif perubatan seperti pengambilan ubat, pembedahan, kimoterapi dan sebagainya.
Ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya anda tidak melakukan medical check-up kerana ia hanya diketahui dengan pemeriksaan kesihatan yang terperinci.
Terdapat juga jenis medical check-up yang membolehkan anda untuk ketahui perkara seperti tekanan darah, tahap kolestrol dan juga kesihatan tulang.
Semua ini sangat penting kerana ia memain peranan yang tinggi dalam menentukan tahap kesihatan anda dalam jangka masa yang panjang.
Pemeriksaan kesihatan membolehkan anda untuk tahu dengan lebih awal dan mengambil langkah-langkah pencegahan atau rawatan awal supaya dapat mengurangkan komplikasi penyakit-penyakit tersebut.
Sekiranya telah melakukan perkara ini, ia membolehkan anda untuk hidup tanpa risau kerana terdapat mereka yang paranoid terhadap penyakit.
Jenis-Jenis Medical Check-Up
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis medical check-up yang anda boleh dapatkan. Di bahagian ini, kami akan menerangkan beberapa jenis.
1. Ujian Darah
Jenis medical check up yang pertama adalah benda yang paling biasa tetapi antara yang paling penting. Ujian darah membolehkan anda tahu tahap gula tinggi atau rendah.
Ini adalah penting supaya mengetahui tahap risiko anda untuk menghadapi penyakit kencing manis.
Penyakit ini sangat bahaya kerana jika tidak dicegah pada tahap awal, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung, masalah buah pinggang dan penyakit jantung.
2. ECG (Pemeriksaan Jantung)
ECG atau ekokardiografi adalah jenis medical check-up yang membolehkan doktor untuk menguji tahap kesihatan jantung anda.
Ini kerana jantung merupakan organ yang sangat penting kerana membolehkan kita untuk hidup. Jika ada masalah pada jantung, ia membawa risiko yang sangat besar.
ECG boleh membantu untuk tahu jika terdapat perkara yang perlu dirawat mengenai jantung anda.
3. Pemeriksaan Air Kencing
Pemeriksaan air kencing juga boleh dilakukan.
Ini sangat penting kerana pemeriksaan seperti ini membolehkan anda untuk mengetahui masalah kesihatan seperti masalah ginjal, kencing manis dan sebagainya.
Terdapat juga syarikat yang meminta pekerja untuk melalui pemeriksaan air kencing.
Dari situ, tanda-tanda keadaan yang berlaku dan penyakit biasa, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan kencing manis dapat diketahui.
4. Pemeriksaan Kolesterol
Tahap kolestrol juga merupakan perkara yang penting. Ini kerana tahap yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang besar seperti masalah jantung.
Ia juga boleh menyebabkan strok jika tidak dikawal dengan elok.
Terdapat ramai dalam kalangan warga muda berusia di bawah 30 tahun yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi disebabkan oleh cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat.
Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan medical check-up yang menguji tahap kolesterol untuk mengetahui tahap kolesterol dalam darah anda
5. Ujian Pap Smear
Kanser pangkal rahim merupakan antara pembunuh utama dalam kalangan wanita di Malaysia.
Kanser pangkal rahim boleh dikenal pasti pada peringkat awal melalui saringan Pap- Smear.
Saringan Pap Smear adalah prosedur ringkas yang boleh dilakukan di klinik oleh doktor wanita yang berpengalaman.
6. X-Ray
Jenis medical check-up yang mempunyai pemeriksaan radiologi atau x-ray juga sangat penting kerana boleh mengenal pasti banyak penyakit.
Melalui gambar x-ray, doktor dapat lihat jika terdapat masalah kesihatan seperti tumor, masalah paru-paru dan apa-apa masalah mengenai tulang anda.
Adalah lebih baik membuat medical check-up secara berkala, untuk mengetahui lebih terperinci mengenai keadaan kesihatan terkini.
Anda boleh Whatsapp mana-mana cawangan kami yang berdekatan dengan rumah anda untuk maklumat lanjut.