Perancangan Keluarga Dengan Implanon
Dalam membina keluarga, semua perkara wajib dibincangkan agar pasangan suami isteri tersebut nampak serba sedikit hala tuju yang mereka inginkan sama ada bercanggah atau sama.
Hal ini termasuklah merancang dari segi jumlah anak yang diinginkan dan jarak tempoh ideal membesarkan anak kerana ia akan melibatkan aspek kewangan, emosi dan tanggungjawab.
Ada banyak perancangan keluarga yang boleh digunakan salah satunya, implanon.
Bagi wanita, anda boleh melakukan kontrasepsi dengan implanon, mengambil pil pencegahan kehamilan, IUD, etc
Apa Itu Implanon?
Implan atau implanon merupakan kaedah perancang keluarga yang semakin popular dan mendapat tempat di kalangan wanita kerana ia kaedah berkesan untuk menjarakkan kehamilan.
Implanon ini sejenis rod kecil yang bersaiz lebih kurang sebatang mancis. Tahukah anda, implanon merupakan kaedah pencegahan kehamilan yang terbukti berkesan dengan kurang 1% kegagalan.
Ia akan dipasang di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian lengan wanita.
Apabila implanon dipasang, ia akan bertindak mencegah ovulasi. Di dalam rod implan mengandungi hormon sintetik progestin (menyerupai hormon semulajadi progesteron di dalam badan wanita)
Rod ini akan mengeluarkan hormon progestin secara perlahan-lahan di dalam badan selagi ia tertanam pada lengan wanita.
Maka, hormon inilah yang bekerja untuk mencegah ovulasi dan menjadikan lendir serviks lebih pekat untuk menyukarkan perjalanan sperma dan menghalang berlakunya persenyawaan.
Jika ia dimasukkan pada waktu yang sesuai mengikut kitaran kesuburan wanita, kesan kontraseptif dapat berfungsi dengan segera.
Langkah Pemasangan Implanon
Anda boleh pasang implanon dalam masa 5 hari permulaan haid (hari 1-5 haid) bagi anda yang mempunyai haid teratur. Jika sudah lebih hari ke 5 haid, implan boleh juga dipasang.
Akan tetapi, elakkan juga hubungan bersama suami atau menggunakan kontraseptif tambahan seperti kondom untuk tempoh 7 hari pertama selepas pemasangan implan.
Bagi yang mempunyai haid tidak teratur, doktor akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan anda tidak hamil.
Implan akan dipasang dan anda perlu elakkan hubungan bersama suami atau menggunakan kontraseptif tambahan seperti kondom untuk tempoh 7 hari pertama selepas pemasangan implan.
- Anda akan baring semasa melakukan pemasangan impanon. Kemudian, anda akan dibius terlebih dahulu.
- Implan akan dimasukkan melalui jarum (di bawah ubat penahan sakit) ke dalam kulit lengan, di kawasan bawah lengan dan di atas siku.
- Kemudian, lengan akan dibalut. Keluarkan pembalut atas selepas 24 jam, tetapi biarkan pembalut yang lebih kecil selama tiga hingga lima hari. Pastikan ia kekal bersih dan kering.
- Anda akan dapat merasai implanon di bahagian lengan. Cepat-cepat beritahu doktor andai anda tidak merasainya.
Harus difahami bahawa implan akan dikeluarkan pada akhir tahun ketiga dari tarikh ia dimasukkan dan akan digantikan dengan implan baru pada waktu itu juga.
Implanon selepas 3 tahun tidak ada hormon yang keluar. Maka, kena gantikan yang baru ketika itu juga jika masih belum ada rancangan untuk mengandung lagi.
Yang mudahnya, implanon oni boleh dibuang bila-bila masa kalau berniat untuk mendapatkan zuriat atau mencuba kaedah perancangan keluarga yang lain.
Barangkali anda akan mengalami side effect pada peringkat awal selepas pemasangan implanon seperti dikongsikan di bawah.
Jangan lupa untuk maklumkan doktor atau pakar jika anda perlu melakukan sebarang pembedahan, ujian perubatan, atau terlantar dihospital atas faktor kesihatan.
Baca Juga
Side Effect Pemasangan Implanon
Side effect yang biasanya muncul kepada wanita ialah:
- Perubahan dalam haid anda.
- Pendarahan haid ringan atau tompokan darah.
- Sakit perut.
- Rasa sakit pada payudara apabila disentuh.
- Bertambah berat badan.
- Gatal-gatal faraj atau ada rembesan.
- Masalah dengan kanta lekap.
Hubungi doktor anda serta merta jika anda mempunyai:
- Kehangatan, kemerahan, bengkak, atau ada cecair mengalir di mana implan dimasukkan.
- Kesakitan atau kekejangan yang teruk di kawasan pelvis anda (keseluruhan atau mungkin hanya di sebelah pelvis).
- Kebas atau rasa lemah secara tiba-tiba terutamanya di separuh bahagian badan, sakit kepala yang teruk tiba-tiba, percakapan yang tidak jelas, masalah dengan penglihatan atau mengawal keseimbangan badan.
- Batuk tiba-tiba, bersin / selsema, bernafas dengan cepat, batuk darah.
- Sakit, bengkak, kehangatan, atau kemerahan satu atau kedua-dua belah kaki.
- Sakit dada atau rasa dada ditekan, rasa sakit merebak ke rahang atau bahu, rasa mual, berpeluh, rasa sakit seluruh badan.
- Bengkak di tangan, buku lali, atau kaki.
- Rasa kering pada kulit atau mata.
- Benjolan pada payudara.
- Gejala kemurungan seperti masalah tidur, rasa lemah, perasaan letih, perubahan mood.
- Dapatkan rawatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan: ruam merah berbonjol, sukar bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini kerana lain badan lain kesannya. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Kesimpulannya, implanon merupakan cara yang terbaik bagi anda yang betul-betul ingin mengawal dan menjarakkan kelahiran anak anda. Ianya tidak menyakitkan dan mudah dilaksanakan.
Rancanglah keluarga anda dengan sebaik yang mungkin demi menjarakkan kehamilan yang seterusnya dan kemaslahatan masa depan anda.
Di Poliklinik Medi Ehsan, anda boleh melakukan pelbagai check-up wanita seperti ujian saringan kanser servik (Pap Smear) dan pemeriksaan pelvik.
Lokasi klinik turut mudah di cari melalui Google Maps mengikut lokasi terdekat dengan rumah anda.
Klinik dibuka setiap hari termasuk Sabtu , Ahad dan cuti umum
Waktu operasi : 8.00 am – 10.00 pm