6 Sebab Anda Kena Ambil Vaksin Influenza

vaksin influenza

Selepas Covid-19 melanda seluruh dunia, semua manusia makin sedar dan prihatin terhadap kesihatan diri sendiri apabila nampak dengan jelas kesan yang terjadi.

Salah satunya mengambil berat dengan kebersihan diri terutama di tempat awam, mengambil medical card, penggunaan penutup muka dan terus berkunjung ke klinik jika sakit dan sebagainya.

Pada hari ini, kami akan fokus kepada kepentingan pengambilan vaksin influenza kerana virus bermusim dan ringan tetapi mampu mengancam nyawa.

Vaksin dipercayai mampu mencegah 13 penyakit berjangkit iaitu komplikasi tuberkulosis, Hepatitis B, difteria, batuk kokol, polio, kancing gigi, measles, beguk, rubella, penyakit pneumokokal invasif dan lain-lain.

Tahukah anda, virus Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

Tanda-tanda Influenza

tanda influenza

Virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:

  • Kanak-kanak
  • Warga emas
  • Wanita mengandung
  • Individu yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Simptom selsema dan Influenza-Like-Illness (ILI) dan Covid-19 sebenarnya lebih kurang. Berikut simptom yang sering berlaku:

  • Demam
  • Batuk
  • Sakit Tekak
  • Hidung berair

Jangkitan influenza berbeza dengan jangkitan selsema biasa tetapi influenza adalah lebih serius dan boleh tingkatkan risiko kematian.

Mengenai penyakit ILI, anda akan mengalami demam secara tiba-tiba dan bersuhu tinggi >38 darjah celcius.

Jika anda mengalami selsema, ia jarang menyebabkan anda demam yang bersuhu tinggi, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan.

Andai anda ada penyakit di atas, ia akan dialami beserta kehilangan deria rasa dan bau yang menunjukkan adan mengalami Covid-19.

Jenis Influenza

●   Influenza A

Influenza A ialah virus yang paling bahaya yang boleh berjangkit kepada manusia dan juga haiwan seperti burung liar, ayam ternakan, bayi, kuda dan anjing.

●   Influenza B

Influenza B pula hanya boleh berjangkit kepada manusia dan masih membawa kesan yang serius.

●   Influenza C

Influenza ini jarang dapat dikesan kerana majoriti pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan virus yang paling ringan. 

●   Influenza D

Influenza ini kebanyakannya akan menyerang haiwan seperti lembu, babi dan biri-biri.

Baca juga; Medical Check-Up: Jenis dan Kepentingan Untuk Kesihatan Anda

6 Kepentingan Vaksin Influenza

vaksin influenza

1.  Vaksin influenza menghasilkan antibodi bagi strain virus untuk mengelakkan jangkitan influenza.

2.  Vaksin perlu diambil secara tahunan kerana kandungan influenza akan berubah setiap tahun mengikut kepada kajian terbaru.

3.  Antibodi akan terhasil dalam tempoh selama 2 minggu selepas disuntik dengan vaksin.

4.  Vaksin berfungsi bagi merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus influenza.

5. Ia juga menghalang individu yang ada penyakit kronik berisiko mendapat jangkitan teruk.

6. Melahirkan individu Malaysia yang sihat dan mempunyai jangka hayat yang panjang.

Cara Jangkitan Influenza Merebak

jangkitan virus

Jangkitan virus influenza dapat merebak kepada individu yang lain melalui titisan pernafasan semasa bercakap, batuk atau bersin.

Titisan dari hidung dan tekak boleh mencemari permukaan barang dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut seperti sentuhan tangan dan barang.

Tempoh kebolehjangkitan boleh berlaku 1-2 hari sebelum sehingga 4-5 hari selepas simptom bermula.

Ikuti langkah di bawah bagi mencegah influenza dan Covid-19:

1. Pakai Pelitup Muka

Percaya atau tidak, rakyat Malaysia masih lagi menggunakan pelitup muka semasa berada di tempat awam walaupon ia tidak lagi menjadi kewajipan.  

Walaupon tidak lagi wajib digunakan, bagi anda yang mengalami tanda-tanda seperti batuk dan selsema, adalah lebih baik anda menggunakannya bagi mengelakkan ia tersebar.

2. Cuci Tangan

jangkitan influenza

Perkara penting tapi kadang-kadang masih culas melakukannya, iaitu membasuh tangan!

Pastikan anda membasuh tangan sebelum makan, membuang sampah, dan selepas bersin. Anda boleh refer & langkah membasuh tangan dengan betul yang dikeluarkan KKM.

3. Lakukan Etika Batuk dan Bersin

Berikut ialah langkah batuk dan bersin yang betul:

  • Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain
  • Palingkan muka daripada orang lain dan makanan
  • Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin.
  • Elakkan daripada menyentuh muka, hidung atau mulut.

4. Amalkan Cara Hidup Sihat

Antara yang boleh diamalkan ialah makan secara sihat, tidak merokok, lakukan aktiviti fizikal, dan belajar untuk menangani stress.

5. Bertindak Melakukan Penjarakan Fizikal

Sebagai individu yang prihatin, anda wajar menjarakkan diri apabila mendapati diri anda tidak sihat tetapi mempunyai keperluan untuk keluar rumah.

Pakai guna pelitup muka bagi sebagai salah satu pencegahan untuk tidak menjangkiti orang lain. 

6. Pastikan Rumah atau Pejabat Mempunyai Pengudaraan Yang Baik. 

jangkitan virus

Ada pengudaraan yang baik, barulah senang nak bernafas dan tak rasa serabut dengan surrounding! Kalau tak percaya, cuba memanfaatkan pencahayaan dan pengudaraan yang anda ada.

Sila pantau keadaan kesihatan diri anda kerana banyak penyakit yang berkait dan mempunyai simptom yang lebih kurang bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Bagi anda yang inginkan kepastian tentang yang penyakit yang dihadapi, anda boleh dapatkan influenza test di Poliklinik Medi Ihsan!

Poliklinik Medi Ihsan ada menyediakan suntikan vaksin untuk influenza, Covid-19, Meningococcal dan individu yang ingin mengerjakan haji dan umrah.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, layari laman web kami di sini.

More To Explore

penyakit anemia
Uncategorized

Penyakit Anemia: Apa yang Perlu Anda Ketahui

Penyakit anemia adalah satu daripada penyakit darah yang paling umum di dunia. Ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak, dewasa, dan warga emas. Penyakit ini