Waktu Sesuai Untuk Ibu Scan Baby

scan baby

Apabila anda disahkan hamil, ibu mengandung wajib memantau keadaan bayi. Perkara pertama yang anda akan lakukan semestinya scan kandungan untuk mengetahui keadaan bayi!

Tidak kisahlah jika anda ingin ke klinik swasta atau klinik kesihatan kerajaan, keputusan terpulang bajet dan keselesaan anda.

Ibu mengandung akan mengalami 3 trimester. Dalam tempoh ini, mereka mungkin keliru dengan kiraan minggu dan kami akan kongsikan waktu sesuai untuk scan baby bagi panduan anda.

Untuk yang pertama kali menjadi bakal ibu dan bapa, kami akan membantu anda dengan kongsikan jenis-jenis scan yang ada, kelebihan scan baby dan persiapan yang perlu dilakukan sebelum scan kandungan.

Bila Waktu Sesuai Scan Baby ?

scan baby

Jadi, bilakah waktu yang sesuai untuk scan kandungan bayi?

Jangan keliru ya bakal ibu dan ayah, scan detail berbeza dengan scan kehamilan.

Scan kehamilan bakal ibu boleh dilakukan di klinik selepas anda melakukan pregnancy test dan mendapat keputusan positif.

Kemudian, barulah berjumpa pegawai perubatan bagi memeriksa kantung bayi di dalam rahim, memberikan suplemen yang patut diambil ketika di awal kehamilan, risiko yang ada dan tarikh jangka kelahiran.

Scan detail pula untuk mengetahui perkembangan bayi. Ia boleh mengesan sebarang masalah yang berlaku ke atas bayi.

Detail scan atau fetal anomaly scan, boleh dilakukan pada trimester kedua kehamilan. Melalui scan 3D atau 4D, bakal ibu bapa yang teruja boleh melihat wajah bayi mereka!

Biasanya jantina bayi dapat ditentukan secara tepat selepas 16 minggu tempoh kehamilan. Pada minggu ke 24 hingga 26, anda mungkin boleh melihat ciri wajah bayi dengan lebih jelas.

Jika sedang mengandungkan bayi kembar, ini masa yang terbaik untuk mendapatkan gambar scan 3D bayi.

Pada minggu 33 hingga 37, keadaan bayi semakin membesar dan akan menyukarkan untuk mengambil gambar bayi anda di atas faktor ruang kandungan yang semakin sempit.

Scan tumbesaran pula akan berlaku selepas minggu 32. Diameter kepala, ukur lilit kepala, ukur lilit abdomen, panjang tulang kaki ( femur) akan diukur.

Tidak lupa, berat bayi dan kuantiti air ketuban juga turut diukur. Kesemua bacaan ini akan diplotkan ke atas graf tumbesaran bayi untuk melihat bayi anda membesar atau tidak.

Jenis-jenis Scan Baby

scan baby

Scan baby ada beberapa jenis yang anda boleh consider seperti:

●   2D

Teknik imbasan 2D akan menghasilkan gambar yang terdiri daripada garis besar badan dan gambar organ dalaman yang kabur.

●   3D

Scan 3D pula memberikan gambaran 3 dimensi di mana anda akan dapat melihat kulit, jantina dan bentuk wajah bayi anda di dalam kandungan.

Ia salah satu scan yang gemar dilakukan oleh bakal ibu dan bapa.

●  4D

Scan 3D dan 4D hanya mempunyai perbezaan yang sedikit di mana, imbasan ultrabunyi 4D membolehkan ibu mengandung mengetahui waktu jangkaan bersalin.

Sebarang permasalahan yang berlaku pada bayi juga dapat diketahui.

Antaranya, bakal ibu bapa dapat mengesan kecacatan kelahiran tertentu melibatkan sumbing pada lelangit yang tidak mungkin dapat dikesan pada prosedur imbasan standard.

Teknik scan bayi 4D paling memuaskan kerana dapat memberikan pasangan suami isteri untuk melihat keadaan bayi mereka dengan lebih jelas.

Harus diingatkan, sesetengah struktur akan berada tidak jelas dan anda diminta datang semula pada hari lain untuk ulangan scan.

Ataupon, apabila kandungan sudah besar barulah nampak sama ada berlaku ketidaknormalan ataupon tidak.

Kelebihan Scan Bayi

scan baby

  • Memeriksa tumbesaran keseluruhan bayi.
  • Memeriksa struktur, anggota dan organ bayi.
  • Menentukan kedudukan uri.
  • Menilai jumlah air ketuban.
  • Melihat jantina bayi.
  • Sekiranya anggota atau organ bayi didapati tidak sempurna atau bermasalah seperti masalah jantung, si ibu akan dirujuk kepada pakar untuk urusan seterusnya seperti menentukan cara rawatan dan hospital yang sesuai untuk melahirkan bayi.
  • Bagi ibu yang berisiko, mereka akan diukur ketebalan cairan terdapat pada belakang leher bayi – Nuchal translucency (NT). Dengan kombinasi NT mahupun ujian darah mampu meramalkan risiko bayi menghidap sindrom Down.

Persiapan Sebelum Scan Kandungan

●     Perbanyakkan Minum Air

kandungan bayi

Sebelum pergi check kandungan ialah banyakkan minum air kosong. Untuk pengetahuan bakal ibu, ia dapat membantu menentukan kualiti gambar yang akan diperolehi.

Minum air akan dapat meningkatkan kualiti dan kejernihan air ketuban yang dianggap sebagai ‘tingkap’ untuk melihat bayi.

Semakin jelas tingkap, gambar yang diambil akan bagus untuk melihat keadaan bayi.

●     Makan

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil makanan ringan sebelum scan baby di klinik untuk membuatkan bayi lebih aktif bergerak.

Anda boleh makan seperti roti sandwich, coklat, salad atau semangkuk pasta, dalam tempoh 45 minit hingga sejam sebelum scan baby dilakukan.

●     Jus Buah

Meminum jus buah seperti oren, epal dan mangga juga membuatkan bayi semakin aktif bergerak. Gula semula jadi dalam jus akan memberikan tempoh aktif yang lebih lama.

Anda boleh minum sedikit jus sebelum ke klinik untuk berjumpa doktor.

Jika sedikit sukar untuk membeli jus tersebut, anda boleh makan buah seperti betik, mangga, beri, kismis, oren, pisang, buah naga tembikai dan buah delima.

●     Pakai Pakaian Longgar

kandungan bayi

Sewaktu scan kandungan, ibu mengandung wajar utamakan untuk berpakaian longgar dan memilih memakai seluar.

Ia akan memberikan keselesaan anda sepanjang tempoh 15 hingga 30 minit prosedur imbasan ultrabunyi dilakukan.

Kini, anda sudah ketahui maklumat-maklumat penting mengenai scan kandungan bayi terutamanya bagi first time yang menjadi parent.

Majoriti bayi adalah bayi dalam keadaan normal. Kecacatan hanya berlaku dalam 1 dalam 100 kehamilan. Jadi, usah risau dan takut, pergi saja ke klinik terdekat untuk mengetahui perkembangan bayi anda!

Di Poliklinik Medi Ehsan, kami akan memastikan keadaan ibu dan kandungan supaya sentiasa dalam kondisi sihat dan baik. Kami akan memastikan anda mendapatkan khidmat terbaik dari PMI.

Lokasi klinik turut mudah di cari melalui Google Maps mengikut lokasi terdekat dengan rumah anda.

Klinik dibuka setiap hari termasuk Sabtu , Ahad dan cuti umum

Waktu operasi  :  8.00 am – 10.00 pm

More To Explore

penyakit anemia
Uncategorized

Penyakit Anemia: Apa yang Perlu Anda Ketahui

Penyakit anemia adalah satu daripada penyakit darah yang paling umum di dunia. Ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak, dewasa, dan warga emas. Penyakit ini