Bagi wanita yang hamil, anda perlu melakukan antenatal check-up di klinik kesihatan bagi menilai tahap kesihatan anda dan memastikan tiada masalah berlaku ketika tempoh kehamilan.
Namun begitu, masih ramai lagi wanita mengandung yang terlupa atau memandang remeh untuk dapatkan check-up ini. Ini mungkin kerana mereka tidak tahu kenapa check-up ini penting.
Dengan antenatal check-up ini, anda akan dapat tahu jika kandungan anda membesar dengan sihat atau tidak, serta jika terdapat apa-apa komplikasi yang perlu diperhatikan.
Di dalam artikel ini, kami akan terangkan kepada anda tentang apa itu antenatal check-up ini, lawatan check-up serta di mana anda boleh dapatkan check-up antenatal.
Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!
Apakah Maksud Antenatal Check-up?
Antenatal check-up ini merupakan pemeriksaan kesihatan berkala yang perlu dilakukan apabila seorang wanita disahkan mengandung bagi memastikan kehamilan yang lancar.
Check-up ini akan dikendalikan oleh petugas yang terlatih di klinik untuk pantau dan nilai keadaan dan kesihatan kandungan anda.
Selepas menilai, petugas kesihatan akan memberi nasihat, menyarankan program penjagaan pranatal serta memberi rawatan berdasarkan keperluan anda dan kandungan anda.
Selain daripada kesihatan kandungan, keperluan perubatan dan psikologi ibu juga akan ditangani.
Menghadiri antenatal check-up ini penting bagi memastikan anda mempunyai hubungan yang baik dengan kakitangan kesihatan supaya tiada masalah berlaku semasa proses bersalin.
Oleh itu, menghadiri antenatal check-up anda mengikut jadual yang ditetapkan sangat penting bagi setiap ibu yang hamil.
Baca Juga;
Lawatan Ketika Antenatal Check-up
1. Lawatan Antenatal Check-up Tempah
Lawatan pertama ketika antenatal check-up anda adalah lawatan tempah atau lawatan ‘booking’ yang dilakukan sebaik sahaja anda disahkan hamil.
Lawatan ini sangat penting bagi mengenal pasti sebarang komplikasi kesihatan yang anda mungkin ada.
Ia juga adalah supaya petugas kesihatan boleh melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami sepanjang tempoh kehamilan anda.
Sesi temuduga akan dilakukan ketika lawatan tempah ini di mana jururawat akan bertanya anda tentang:
- Perihal pusingan haid anda.
- Sejarah peribadi.
- Sejarah keluarga.
- Sejarah perubatan dan pembedahan.
- Sejarah kandungan lampau (jika ada).
- Latar belakang ekonomi dan sosial anda.
Selain dari temuduga, pemeriksaan fizikal dan ujian di makmal juga akan dilakukan. Rawatan yang akan diberikan akan disesuaikan bergantung kepada keputusan dari pemeriksaan yang di atas.
2. Lawatan Susulan Antenatal
Lawatan susulan antenatal ini pula adalah untuk memantau dan menilai tahap kesihatan kandungan anda.
Apabila anda menghadiri lawatan susulan ini, sebaiknya penglibatan keluarga adalah sangat digalakkan, terutamanya suami atau waris anda.
Ini supaya anda mendapat sokongan emosi, ketahui cara kelahiran yang terbaik, mengikut program penjagaan pranatal, serta bantu petugas kesihatan mengenal pasti kehendak dan keperluan si ibu.
Antara aktiviti yang akan dilakukan semasa lawatan susulan antenatal check-up ini adalah seperti:
- Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
- Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
- Ujian air kencing untuk protein dan gula.
- Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.
- Kedudukan janin
- Akan dinilai selepas kandungan 32 minggu.
- Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri akan dilakukan.
- Denyutan jantung janin akan direkodkan.
- Imunisasi (diberikan apabila sampai tempoh).
- Ujian darah rutin atau apabila diperlukan
3. Berapa Kerap Anda Perlu Lakukan Antenatal Check-up?
Bagi memastikan tempoh kehamilan yang selamat dan lancar, antenatal check-up ini perlu dilakukan secara berkala.
Lawatan antenatal check-up yang biasa dicadangkan adalah seperti berikut:
- Sebelum 28 minggu hamil – sebulan sekali sahaja
- 28 – 35 minggu hamil – setiap 2 minggu sekali
- 36 minggu dan ke atas hamil – setiap minggu
Lawatan ke rumah anda oleh petugas kesihatan juga akan dilakukan bergantung kepada keperluan anda.
Oleh itu, pastikan anda mengikut jadual lawatan yang ditetapkan untuk anda bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku sepanjang tempoh kehamilan anda.
Di Mana Boleh Dapatkan Antenatal Check-up?
Wanita yang hamil boleh dapatkan antenatal check-up mereka di mana-mana klinik kesihatan kerajaan.
Klinik kesihatan kerajaan ini adalah termasuk Klinik Desa, Klinik Kesihatan dan juga Poliklinik Komuniti seperti Poliklinik Medi Ihsan.
Selain dari klinik kesihatan kerajaan, para ibu yang hamil juga boleh dapatkan check-up antenatal mereka di mana-mana klinik swasta dan hospital swasta.
Kesimpulannya, antenatal check-up ini sangat penting untuk wanita yang hamil bagi memastikan tiada sebarang komplikasi berlaku ketika tempoh kehamilan mereka.
Jika anda ingin melakukan antenatal check-up, dapatkan check-up anda di Poliklinik Medi Ihsan!
Poliklinik Medi Ihsan ada menyediakan lawatan antenatal check-up untuk mana-mana wanita yang hamil serta pelbagai rawatan kesihatan yang lain.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, layari laman web kami di sini.